Monday, April 27, 2009

Jumlah Yang Banyak tetapi Aktiviti Sedikit



Assalamaualaikum wbt,

Sahabat dan sohibah yang dikasihi sekalian,

Dalam kesempatan kali ini izinkan saya mengulas satu penulisan yang ditulis oleh Dr Najih Ibrahim daripada kitab beliau yang berjudul risalatun ila kulli man ya'malu lil islam. Di dalam kitab ini beliau menyentuh satu bab yang amat penting untuk mereka yang berada dalam arena dakwah dan tarbiah.

Menurut beliau, jumlah mereka yang berada jemaah Islam hari ini boleh dikatakan ramai. Biasa ada dalam satu-satu kawasan hampir ratusan ahli. Walupun jumlah ahli ramai, jika dihitung orang yang beramal untuk Islam secara serius , maka jumlah mereka tidak lebih daripada puluhan sahaja. Bahkan, kita dapat menghitung jumlah mereka dengan jari dan hafal nama-nama mereka. Mari pergi yang lainnya?


Adakah mereka sekadar berpuas hati dengan tahap sekarang ini dan tidak ingin berganjak menuju tahap yang lebih tinggi?Adakah memadai menjadi pendengar sahaja, menghadiri halaqah, pertemuan-pertemuan dakwah, seminar , membaca buletin dakwah. Itu sahaj yang dilakukan.

Realiti hari ini tidak mengizinkan kita berkelakuan demikian. Potensi kita perlu digunakan banyak di medan amal islami, dengan melakukan amar makruf, nahi munkar dan jihad fi sabilillah. Janganlah kita menjadi manusia yang hanya memberikan waktu sisa untuk Islam. Walhal kita tahu bahawa allah SWT hanya menerima yang baik-baik. Allah SWT tidak menerima benda yang tersisa yang kita sedekahkan. Allah SWT juga tidak menerima perbuatan buruk dan tidka berkualiti yang kita pilih untuk diberikan kepada Islam.


Firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 267:

'Dan janganlah kamu memilih yang buruk lalu kamu infakkan darinya'


Sahabat sohibah sekalian,

Islam meminta sebahagian besar waktu, harta, dan usia emasa remaja kita. Itulah yang dinginkan oleh Islam. Islam meminta waktu kita cergas dan bukan masa malas. Islam meminta waktu muda, kuat kita dan bukannya waktu tua. Ringkasnya, Islam meminta sesuatu yang paling baik, mulia dan agung dari kita.

Renungilah serah Abu Bakar ra dan Ustman ra. Abu Bakr ra bersedekah seluruh hartanya pada jalan Allah dan dakwah Islam.

Bila ditanya: Wahai Abu Bakar, apa yang engkau tinggal untuk keluargamu? Abu Bakar menajwab: Yang aku tinggalkan kepada mereka ialah Allah dan Rasul.

Begitu pula halnya dengan Uthman ra. Beliau telah mendanai pasukan tentera Islam ke medan Tabuk. Jumlah tentera yang didanai ialah hampir 10 ribu orang. Lengkap dengan senjata, bekalan dan kenderaan.

Sila bandingkan dengan realiti kini. Umat Islam hari ini kaya dan berada termasuklah para aktivis Islam, malangnya perjuangan Islam miskin. Sehinggakan tidak ramai ikhwah aktivis yang bersedia menanggung beban finansial dakwah.

Sahabat sahibah sekalian,

Menyedari perkara ini, marilah kita kembali kepada hakikat asas yang sebenarnya. kita telah menjual nyawa kita kepada Allah SWT.

Firman Allah:

`Sesungguhnya Allah SWT telah membeli dari orang-orang Mukmin, diri , dan harta mereka dengan balasan syurga'.

At Taubah: 111

Satu petikan yang menarik untuk dikongsi. Semoga anda dapat manfaat.

Diambil dari laman web ;

http://manhajqurani.blogspot.com/

2 comments:

Nabil MJ said...

Salam.Tq sahel atas perkongsian ini..Memang betul..ramai ahli tapi....
harap2 nya kita tergolong dlm org2 yg sedikit tu..

Akhi Rakhaiz said...

Wslm. Masih ingat lagi tazkirah anta di MATRI. Anta meenghuraikan tentang golongan yang sedikit. Benar , semoga kita terpilih untuk berada dalam golongan yang sedikit ini.