Monday, April 27, 2009

Jumlah Yang Banyak tetapi Aktiviti Sedikit



Assalamaualaikum wbt,

Sahabat dan sohibah yang dikasihi sekalian,

Dalam kesempatan kali ini izinkan saya mengulas satu penulisan yang ditulis oleh Dr Najih Ibrahim daripada kitab beliau yang berjudul risalatun ila kulli man ya'malu lil islam. Di dalam kitab ini beliau menyentuh satu bab yang amat penting untuk mereka yang berada dalam arena dakwah dan tarbiah.

Menurut beliau, jumlah mereka yang berada jemaah Islam hari ini boleh dikatakan ramai. Biasa ada dalam satu-satu kawasan hampir ratusan ahli. Walupun jumlah ahli ramai, jika dihitung orang yang beramal untuk Islam secara serius , maka jumlah mereka tidak lebih daripada puluhan sahaja. Bahkan, kita dapat menghitung jumlah mereka dengan jari dan hafal nama-nama mereka. Mari pergi yang lainnya?


Adakah mereka sekadar berpuas hati dengan tahap sekarang ini dan tidak ingin berganjak menuju tahap yang lebih tinggi?Adakah memadai menjadi pendengar sahaja, menghadiri halaqah, pertemuan-pertemuan dakwah, seminar , membaca buletin dakwah. Itu sahaj yang dilakukan.

Realiti hari ini tidak mengizinkan kita berkelakuan demikian. Potensi kita perlu digunakan banyak di medan amal islami, dengan melakukan amar makruf, nahi munkar dan jihad fi sabilillah. Janganlah kita menjadi manusia yang hanya memberikan waktu sisa untuk Islam. Walhal kita tahu bahawa allah SWT hanya menerima yang baik-baik. Allah SWT tidak menerima benda yang tersisa yang kita sedekahkan. Allah SWT juga tidak menerima perbuatan buruk dan tidka berkualiti yang kita pilih untuk diberikan kepada Islam.


Firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 267:

'Dan janganlah kamu memilih yang buruk lalu kamu infakkan darinya'


Sahabat sohibah sekalian,

Islam meminta sebahagian besar waktu, harta, dan usia emasa remaja kita. Itulah yang dinginkan oleh Islam. Islam meminta waktu kita cergas dan bukan masa malas. Islam meminta waktu muda, kuat kita dan bukannya waktu tua. Ringkasnya, Islam meminta sesuatu yang paling baik, mulia dan agung dari kita.

Renungilah serah Abu Bakar ra dan Ustman ra. Abu Bakr ra bersedekah seluruh hartanya pada jalan Allah dan dakwah Islam.

Bila ditanya: Wahai Abu Bakar, apa yang engkau tinggal untuk keluargamu? Abu Bakar menajwab: Yang aku tinggalkan kepada mereka ialah Allah dan Rasul.

Begitu pula halnya dengan Uthman ra. Beliau telah mendanai pasukan tentera Islam ke medan Tabuk. Jumlah tentera yang didanai ialah hampir 10 ribu orang. Lengkap dengan senjata, bekalan dan kenderaan.

Sila bandingkan dengan realiti kini. Umat Islam hari ini kaya dan berada termasuklah para aktivis Islam, malangnya perjuangan Islam miskin. Sehinggakan tidak ramai ikhwah aktivis yang bersedia menanggung beban finansial dakwah.

Sahabat sahibah sekalian,

Menyedari perkara ini, marilah kita kembali kepada hakikat asas yang sebenarnya. kita telah menjual nyawa kita kepada Allah SWT.

Firman Allah:

`Sesungguhnya Allah SWT telah membeli dari orang-orang Mukmin, diri , dan harta mereka dengan balasan syurga'.

At Taubah: 111

Satu petikan yang menarik untuk dikongsi. Semoga anda dapat manfaat.

Diambil dari laman web ;

http://manhajqurani.blogspot.com/

Friday, April 24, 2009

Bangunkanlah Himmahmu




Sekiranya kita melihat keadaan ummat Islam hari ini dengan kacamata Iman tentu kita akan menangisinya. Hari demi hari luka-luka baru menjaluri tubuh ummat ini sedang luka-luka semalam belum menampakkan tanda-tanda akan sembuh. Musuh-musuh Islam terus menerus melancarkan gerakan untuk menghapuskan atau setidak-tidaknya menghina ummat ini dengan sehina-hinanya. Sedangkan pemuda-pemudanya yang menjadi modal dan harapan kebangkitan semula ummat ini masih terlena. Terlena dengan irama dan lagu yang dihidangkan oleh musuh-musuh Islam hingga melumpuhkan semangat dan daya juang mereka...hinggakan 'Kemahuan' yang menjadi asas kebangkitan turut terpadam bersama menungan dan lena yang panjang.

Melihat keadaan ini, saya merasakan satu keperluan untuk berkongsi pengalaman dan perasaan ini supaya sedikit sebanyak dapat menggerakkan tubuh ummat ini supaya tersedar dan bangkit dari lena ini.

Ini merupakan kata-kata yang sering diulang oleh Cikgu Azmi , salah seorang murobbi ana di MATRI dalam ijtimaa` khusus kepada pelajar halaqah khas di atas dewan makan putri MATRI. Cukup menyentuh hati dan perasaan ini.
Sesungguhnya kata-kata ini hanya mampu difahami dan di hayati oleh mereka yang berhajatkan Islam kembali bersinar. Bangunlah ummat Muhammad. Sedarlah dari lenamu. Tanggungjawabmu lebih banyak dari masa.

Thursday, April 16, 2009

Di Persimpangan Jalan




Umat Islam hari ini benar-benar berada di persimpangan jalan. Islam dengan berbagai perisa dan pewarna telah menyelubungi kehidupan mereka hingga mereka menjadi keliru dalam memilih jalan hidup yang lurus; mereka gagal memilih watak-watak atau keperibadian (syakhsiyah) sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT. Ini semua adalah merupakan konspirasi dan perancangan musuh-musuh Islam. Umat Islam kini tidak lagi memiliki syakhsiyahnya sendiri bahkan menumpang syakhsiyah-syakhsiyah lain yang tidak ada hubungannya dengan Allah SWT dan hari Akhirat. Yang ada hari ini hanyalah syakhsiyah ghusaiyyah (keperibadian buih), pemuda-pemudanya yang mudah terikut-ikut dengan apa saja trend semasa.

Di antara hasil lain konspirasi dunia menentang Islam dan Muslimin ini adalah menyebarkan terrorism dengan pembunuhan di beberapa negara Arab dan Islam di bawah banner Islam untuk menggambarkan Islam adalah agama terrorism dan kekerasan. Tohmahan ini telah diperkuatkan lagi oleh media massa barat sedangkan Islam sebenarnya adalah suci daripada tohmahan-tohmahan ini, serta tidak mengiktiraf peristiwa-peristiwa kekerasan, penyembelihan dan pembunuhan yang berlaku di Mesir dan Algeria. Tetapi pemburukan ini bermaksud untuk memberontak dan merupakan satu tipu daya terhadap setiap negara ataupun kumpulan yang membawa bendera Islam.

Sesungguhnya musuh telah menggunakan kelemahan orang-orang Islam dan tiadanya kesatuan di kalangan mereka untuk memberikan berbagai pukulan di segenap penjuru terhadap orang-orang Islam di dalam usaha menghapuskan mereka ataupun memecahkan kekuatan mereka, seperti yang berlaku di Bosnia, Chechenia, Kashmir dan lain-lain. Tetapi orang-orang Islam telah bertahan, contohnya sekatan ekonomi terhadap beberapa negara Arab Islam seperti Iraq, Libya, Sudan dan Iran. Kemudian mereka cuba untuk menguasai ekonomi di pasaran Timur Tengah terhadap negara-negara setempat. Mereka juga membenarkan musuh zionis memiliki senjata nuklear sedangkan ianya diharamkan ke atas negara-negara Arab dan Islam. Begitu juga penguasaan politik terhadap kebanyakan negara-negara pengeluar minyak, di mana penetapan permuafakatan dengan mereka telah mengizinkan kewujudan askar asing di sana supaya petroleum di Teluk sentiasa mengalir ke Barat.

Begitulah kita mendapati perancangan yang keji untuk konspirasi ini merebak ke medan antarabangsa untuk menentang negara-negara Arab dan Islam, terutamanya selepas hancurnya sosialism. Di sana terdapat suatu pemusatan terhadap Mesir dan tekanan ke atasnya kerana kedudukannya di dunia Islam. Adapun konspirasi itu melalui peperangan pada tahun 1967 dan apa yang didapati daripadanya iaitu penjajahan beberapa bahagian daripada negara-negara Arab di sekitar Palestin. Kemudian konspirasi itu berlaku melalui pengiktirafan Mesir terhadap kewujudan zionis perampas dan keluarnya Mesir daripada perlumbaan (peperangan) dengan Musuh, kerana keamanan besar yang diberikan kepadanya. Maka lemahlah negara-negara Arab yang lain terutamanya negara-negara yang berjiran dan negara-negara yang Musuh telah membinasakan buminya, serta Musuh masih enggan untuk keluar daripadanya. Begitu juga, konspirasi itu merangkumi pemisahan Mesir daripada Sudan, percubaan memisahkan utara Sudan daripada selatannya dan pemberontakan John Garang serta pemberian senjata kepadanya untuk memerangi kerajaan Sudan.

Membina Semula Ummah

Kita perlu membina semula ummah yang bermula dengan membangunkan pemuda-pemudanya dari lena yang panjang. Keperibadian mereka perlu dibina semula supaya menepati keperibadian atau syakhsiyah sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Kisah-kisah singa zaman silam perlu digembar gemburkan semula setelah sekian lama yahudi dan konco-konconya cuba memadamkannya dari sejarah kehidupan umat Islam hingga ummat kita kini kehilangan kebanggan masa silam lalu berpijak pada dahan-dahan yang rapuh untuk membangunkan ummat yang serba lemah.

Pembinaan ummah ini bermula dengan pembinaan peribadi-peribadi mukmin. Peribadi-peribadi yang meyakini Allah dan segala janji-janjinya, meyakini Hari Akhirat dengan segala siksaan dan azabnya serta merindui syurga dengan segala kenikmatannya.

Asasnya untuk kita menangani permasalahan ini adalah sebagai satu permasalahan Rabbani bagi menentang musuh Allah. Dan musuh-musuh ini bukanlah semata-mata tentang perampasan tanah tetapi perampasan keperibadian dan perampasan ummah. Allah telah berfirman kepada kita bahawasanya
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya,
sedang Allah mengetahui…”
(al Anfal: 60).

Hendaklah kita mengetahui bahawa kekuatan yang pertama dan terpenting adalah kekuatan Iman yang melayakkan kita untuk mendapat pertolongan Allah, yang mana dalam firmannya lagi:
“…demikianlah menjadi kewajiban atas Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman”
(Yunus: 103)

Maka janganlah kekuatan musuh dan orang yang membantunya menggerunkan kita kerana Allahlah yang lebih berkuasa lagi mulia. Bagi Allahlah tentera-tentera di langit dan di bumi, dan dialah yang menetapkan orang-orang yang beriman serta melemparkan perasaan gerun ke dalam hati-hati orang-orang kafir.

“Hai orang-orang beriman, jika menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”

(Muhammad: 7)

Dan barangsiapa yang berpegang kepada Allah nescaya Allah tidak akan mensia-siakannya selama-lamanya, dan barangsiapa yang mengharapkan pertolongan selain daripada Allah, Allah akan menghinakannya.

Yakinlah sahabat-sahabatku.

Friday, April 10, 2009

Ayuh Beramal untuk kebahagiaan Akhirat




PERBANYAKKAN AMAL SOLEH

Firaman Allah bermaksud:

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran."

(Surah al-Asr, ayat 1-5).

Ulama menafsirkan ayat di atas memberi banyak pengertian untuk dirungkai dan dihayati bersama dalam melayari bahtera kehidupan yang serba mencabar ini.

Islam sentiasa memberi galakan agar seluruh umatnya memanfaatkan kehidupan di dunia dengan amal soleh, di samping iman teguh sebagai bekalan untuk menempuh alam akhirat. Islam memberi jaminan kepada umatnya bahawa kebahagiaan hidup di dunia dan mengecapi kebahagiaan di akhirat akan diperoleh sekiranya umat Islam membuat kebaikan.

Firman Allah bermaksud:

Sesiapa yang beramal soleh daripada lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami (Allah) akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka akan pahala mereka dengan balasan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”

(Surah al-Nahl, ayat 97)

BUATLAH KEBAIKAN

Kebaikan yang dilakukan akan mendapat ganjaran tertinggi di sisi Allah dan mendapat penghargaan daripada manusia dan makhluk seluruhnya. Ajaran Islam yang terkandung pelbagai hikmah dan pengajaran sentiasa memberi galakan dan dorongan kepada umat Islam untuk berbuat kebaikan. Hal ini kerana kebaikan yang dilakukan adalah faedah bukan saja untuk dirinya, malah semua orang dan masyarakat.

Firman Allah bermaksud:

“Jika kamu berbuat kebaikan (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu, dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.”

(Surah al-Isra', ayat 7).


Manusia yang dilingkari kebaikan, hidupnya akan beroleh kerahmatan dan keberkatan. Mereka juga akan mendapat kebahagiaan dalam setiap perjalanan kehidupan duniawi dan ukhrawi. Justeru, galakan meningkatkan amalan soleh bukan hanya sebagai perintah yang perlu dipatuhi, malah jalan untuk manusia mengangkat martabat di sisi Allah.

Galakan berbuat kebaikan adalah pengajaran berguna bagi umat Islam dan ganjaran besar menantinya di akhirat.

Firman Allah bermaksud :

"Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya, Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana kamu berada, maka bagi Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

(Surah al-Maidah, ayat 48)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

"Daripada Ibn Abbas daripada Rasulullah menurut apa yang diriwayatkannya daripada Tuhannya, katanya : Sesungguhnya Allah telah menetapkan segala kebaikan dan segala kejahatan. Kemudian Dia terangkan yang demikian itu, maka sesiapa yang bercita-cita dengan kebaikan, kemudian dia tidak mengerjakannya Allah tuliskan di sisinya satu kebaikan yang sempurna. Dan jika dia bercita-cita dengannya (kebaikan itu), kemudian dia mengerjakannya, Allah tuliskan kebaikan itu (sebagai balasan) di sisinya sebanyak 10 kebaikan hingga 700 kali ganda hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika dia bercita-cita dengan satu kejahatan kemudian tidak mengerjakannya Allah tuliskan di sisinya satu kebaikan yang sempurna. Dan jika dia bercita-cita dengannya, lalu mengerjakannya, Allah tuliskan kejahatan itu dengan balasan satu kejahatan saja.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis itu menggambarkan betapa Maha Pemurah-Nya Allah terhadap hamba-Nya yang melakukan kebaikan sekalipun dengan hanya bercita-cita atau sekadar niat melakukan kebaikan itu. Namun, ganjaran tetap diberikan. Rahmat Allah terhadap hamba-Nya di dunia amat luas.


Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis lain bermaksud:

"Daripada Ibn Umar, katanya: Rasulullah memegang bahuku, lalu Baginda bersabda: Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau adalah orang yang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara). Ibn Umar berkata: Jika engkau berada pada waktu petang, maka janganlah engkau menunggu waktu pagi, dan apabila engkau berada pada waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu waktu petang. Dan gunakanlah masa sihat engkau untuk masa sakit dan masa hidup untuk masa mati engkau."

(Hadis riwayat Bukhari).

Keinginan mengecapi kebahagiaan hidup yang lebih sejahtera di dunia dan kehidupan abadi di akhirat adalah keinginan yang perlu kepada pengisian kehidupan berlandaskan kepada syariat Islam.

Hakikat menunjukkan bahawa dunia ini tempat untuk beramal bagi sekian waktu yang ditetapkan bagi seseorang. Ia bukanlah tempat untuk bersenang lenang semata-mata tanpa menghiraukan hari perhitungan kelak.

PESANAN AKHIR

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Ternyatalah kepada kita kehidupan kita akhirnya akan balik bertemu Allah. Hebat macam mana pun kita di dunia ini, pasti Allah akan panggil kita pulang pada Nya kelak.

Justeru , ayuhlah kita sama-sama beramal sebaik dan sebanyak mungkin untuk kebahagiaan hakiki di sana.


Friday, April 3, 2009

Kekosongan Jiwa




Kemajuan ekonomi dan teknikal sahaja, sistem yang kerobotan (kosong dari segi kerohanian) tidak mungkin membahagiakan manusia. Kemewahan kebendaan dan kekayaan tidak mungkin memberikan kebahagian jiwa yang abadi. Kedua-dua itu tidak akan berjaya menyelamatkan manusia dari kesakitan, kematian dan kegelapan jiwa.

Hanya iman yang dapat membahagiakan semua insan itu, dari sehina-hina insan hinggalah semulia-mulia insan Hanya iman yang akan menjaga keutuhan kesatuan bagi berdepan dengan kehidupan yang penuh bergelora. Hanya iman yang akan menukarkan satu hati yang gelap kepada satu punca cahaya yang lembut, segar dan bersinar.

Iman adalah kekuatan yang akan menyokong manusia dalam menghadapi setiap bencana yang menggerunkan jiwa manusia, dari sekecil-kecil kuman hingga kepada gempa bumi yang dahsyat. Apa tidaknya; kita bersandar kepada Kekuasaan yang mengawal seluruh ‘alam dengan pengamatan yang rapi; Allah Rabbul Jalil, Yang Maha Perkasa, Maha Suci dan Maha Agung.

Sejarah manusia sebenarnya adalah sejarah keimanan dan kekufuran kepada Allah SWT. Sejarah telah memberi pengajaran kepada kita bagaimana akibatnya mereka yang telah mengkufuri Allah SWT. Dan sejarah telah menunjukkan kepada kita bagaimana Allah telah membinasa suatu golongan kerana kekufuran mereka dan Allah telah memuliakan satu golongan yang lain kerana keimanan mereka.

Keimanan wujud bersama manusia yang pertama di dunia ini. Sejak itu Allah telah mengajar manusia tentang tugas dan jalan yang harus dilalui bagi menemui kebahagian di dunia dan di Akhirat melalui Rasul-rasul dan kitab-kitab Nya. Muhammad SAW dan Al Quran adalah Rasul dan KitabNya yang terakhir yang membenarkan kitab-kitab yang terdahulu. Seterusnya mengesahkan seluruh risalah mereka.



“Ummat manusia pada zaman ini sedang mencari satu cahaya iman yang sebenarnya. Fikiran mereka telah tenggelam dalam kekusutan faham falsafah kebendaan (materialisme). Fikiran yang gelap penuh dengan keraguan. Hati yang luka parah oleh cara hidup tidak bertujuan yang diilhamkan oleh tamaddun yang kejam. Mereka tidak sedar akan maksud penciptaan mereka dan seluruh ‘alam semesta ini. Mereka sunyi dan amat dahagakan belaian kasih sayang”


(Badi’uzzaman Said Nursi)

Dakwah dan Tarbiyah Wasilah Utama Pembentukan Ummah




Rasulullah saw memulakan jihadnya melalui Dakwah dan Tarbiyah, bukan terbentuk secara tiba-tiba atau kebetulan tanpa apa-apa persediaan dan pembentukan bahkan Rasulullah saw menghadapi berbagai kesukaran dan halangan dan terus berjihad sehingga terbentuk satu ummah yang terpuji sebagai Khaira Ummah di abadikan didalam Al-Quran.


Seperti di tegaskan dalam Al-Quran ayat 110 Surah Al Imran maksudnya:-


“Kamu adalah sebaik-baik ummah dikeluarkan untuk manusia seluruhnya, kamumemerintah (menyuruh) kepada ma'aruf dan mencegah mungkar serta kamu tetap beriman kepada Allah”


Rasulullah saw mula berdakwah dan membentuk ummah sejak di zaman Makkah lagi. Baginda mendidik (mentarbiyah) sekumpulan jamaah mukminin yang menjadi benih terbentuknya masyarakat yang baru (berbeza daripada masyarakat jahiliyah). Ketika Rasulullah saw membentuk jamaah mukminah di Makkah di masa itu, baginda menyedari bahawa peranannya lebih besar daripada Makkah dan Semenajung Arab dan Risalah yang Baginda bawa bukan semata-mata khusus untuk satu bangsa dan satu generasi bahkan Risalahnya bersifat sejagat ('Alamiyah) dan halatujunya menghapuskan jahiliyyah dan membina insaniah yang baru, menepati prinsip-prinsip Al-Quran dan ajarannya.


Ketika Baginda menjadikan kota Makkah sebagai markas dakwahnya, Baginda tidak memulakan dengan membentuk daulah yang terdiri dari pembesar-pembesar Quraisy bagi menundukkan seluruh orang Arab dan memaksa mereka menerima prinsip-prinsipnya dengan kekerasan. Baginda tidak melakukan demikian kerana Baginda bukan diutuskan untuk menghapuskan kerosakan dengan mengundang kerosakkan lain dan bukan untuk memaksa masyarakat menerima dakwahnya dengan kekerasan tetapi Baginda diutuskan untuk menyampaikan Risalah Allah SWT dan mengajak semua manusia dengan penuh hikmah serta dengan peringatan-peringatan yang baik. Serta sabar bersama-sama orang-orang yang beriman membentuk jamaah yang menjalankan kerja-kerja Islah agar mereka menjadi asas yang kukuh bagi kelahiran masyarakat (generasi) baru (Generasi Mukmin).


Rasulullah saw memberi penekanan kepada Tarbiyah Jiwa dan Tarbiyah Akhlak dan Budi Pekerti berteraskan keimanan/tauhid; kerana inilah asas sebenarnya bagi pembinaan ummah yang menjamin masyarakat dan Daulah daripada berlaku penyelewengan, kezaliman dan kerosakan. Ilmu perlembagaan, dan undang-undang serta peratusan semata-mata belum cukup untuk membina ummah tanpa dididik jiwa dan akhlak masyarakat.


Sehubungan ini Al Quran telah menegaskan dalam surah Al Ra' ad ayat 11, maksudnya"-


“ Sesungguh Allah SWT tidak mengubah apa yang terdapat pada sesuatu kaumitu sehingga mereka mngubah apa yang terdapat dalam jiwa mereka.”


Ustaz Mohd Syadid dalam kitabnya Al Jihad Fil Islam menjelaskan bahawa inilah jalan membentuk dan membina ummah serta membangunkan tamaddun dan kemajuan. Pengislahan masyarakat tidak akan sempurna melainkan di mulakan dengan jiwa masyarakat itu sendiri. Oleh sebab itu maka medan Islam yang pertama ialah Hati /Jiwa dan wasilahnya yang pertama dan utama untuk sampai kepada matlamat ialah Tarbiyah.


Wassalam.

Thursday, April 2, 2009

Ayuh Syabab !!!



AYUH SYABAB-SYABAB SEKALIAN, MARI KITA GEGARKAN BUMI INI DENGAN DAKWAH !!!

KITA SEMUA DIPERLUKAN OLEH ISLAM

AYUH SYABAB, MAJULAH KE HADAPAN !!!

SAHUTLAH LAUNGAN JIHAD INI !!!

SERAHLAH SELURUH HATIMU KEPADA TARBIYYAH ISLAMIYAH INI
WAHAI SYABAB-SYABAB SEKALIAN !!!

AYUH PERKEMASKAN SYAKHSIAH ISLAMIYYAHMU YA SYABAB !!!

PERTAMA DENGAN ALLAH SWT SETERUSNYA...

DENGAN DIRIMU MULIAKANLAH

DENGAN UMMI DAN ABI BERBUAT BAIKLAH DAN JADI PENYEJUK HATI

DENGAN ADIK-BERADIKMU SAYANGILAH DAN BIMBINGI MEREKA

DENGAN KERABATMU KASIHI DAN PIMPINLAH MEREKA

DENGAN MURABBI DAN GURUMU MANISKAN MUKA,PERMUDAHKANLAH , TAATI DAN IKUTILAH SERTA SAYANGILAH MEREKA

DENGAN SAHABAT-SAHABATMU, SAYAGILAH,BERLAPANG LAH DAN DAHULUKANLAH MEREKA

DENGAN PELAJARANMU MAKA KUASAILAH IA DAN RAJINLAH SENTIASA TANPA HENTI KERANA INI TUNTUTAN ISLAM.

INILAH LAUNGAN JIHAD WAHAI SYABAB-SYABAB SEKALIAN

SAUDARA/RILAH DUTA-DUTA ISLAM

DAKWAH INILAH SERUAN KITA !!!

DAKWAH INILAH NAFAS KITA !!!

DAKWAH INILAH GERAK-GERI KITA !!!

DAKWAH INILAH HIDUP KITA !!!

SAUDARA/RILAH ROH YANG BARU DI DALAM JASAD UMMAH INI

AYUH KITA MARA KE HADAPAN WAHAI SYABAB-SYABAB SEKALIAN !!!





Hasil nukilan sahabat ana dari Mesir

- Akhi Musab -