Saturday, December 6, 2008

Pencemaran Oh Pencemaran !!!



Acapkali kita mendengar masalah pencemaran. Sering kali media elektronik dan media massa mengembar-gemburkan masalah pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bunyi, pencemaran hutan, pencemaran sampah dan sebagainya. Impak daripada pencemaran, banyak kesan-kesan buruk yang terhasil sebagai mana yang kita sedia maklum. Justeru, ia senantiasa menjadi topik hangat dalam perbualan dan dalam diskusi. Banyak benar organisasi-organisasi sama ada bawah kerajaan atau NGO ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Banyak wang dilaburkan bagi mengatasi kemelut itu yang akan memberi kesan negetif yang berpanjangan terhadap bumi ini.

Disebalik kesibukan kita memikirkan masalah-masalah tersebut, kadangkala kita terlupa , ada satu pencemaran yang sebenarnya lebih besar kesan negatifnya andaikata tidak dititikberatkan. Pencemaran itu bukan sekadar memberi kesan kepada diri kita di muka bumi ini malah di akhirat kelak . Satu pencemaran yang mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan yang tidak dapat dirasai dengan panceraindera.

Namun kesannya begitu parah dan mampu melumpuhkan HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH. Hubungan yang menjadikan kita amat bernilai di muka bumi ini. Tanpa ada ikatan hubungan ini, amat sia-sialah kita dijadikan di muka bumi ini. Begitu parahkan sahabat-sahabat , pencemaran ini. Malah masalah ini lebih besar daripada pencemaran-pencemaran yang lain. Pencemaran inilah yang menjadi punca terbitnya masalah-masalah yang lain. Masalah sosial, masalah akhlak , masalah keluarga, masalah modal insan dan lain-lain lagi. Benar, ia memang parah dan mampu melumpuhkan sistem kehidupan hari ini. Pencemaran yang dimaksudkan adalah PENCEMARAN HATI.

Ya, memang yang dimaksudkan adalah pencemaran hati. Dalam melalui kehidupan hari ini, seringkali kita leka dan alpa akan kebersihan hati. Seringkali kita lupa mengisi keperluan-keperluan hati. Kita gagal untuk menyirami ia dengan Siraman IMAN dan gagal membajai ia dengan baja TAKWA. Malah, seringkali kita menghidangkan ia dengan kotoran maksiat yang kita sedari atau tidak sedari. Kita rasa bahagia hati ini diselaputi oleh maksiat yang sebenarnya menutupi ruangan-ruangan pancaran cahaya iman menembusi hati ini.

Lantas , hati yang lumpuh ini, tidak mampu menggerakkan anggota-anggota badan yang lain menjalani kehidupan ini selaras dengan kehendak-Nya . Hawa nafsu menggantikan peranan iman dan menjadi raja dalam anggota badan. Impakanya, hawa nafsu mengarahkan anggota-anggota melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang diperintahkan Allah. Bisikannya lagi bukan kebenaran.

Maka lahirnya, tindak-tanduk untuk melakukan masalah –masalah yang lain. Apabila kita tidak menjalani kehidupan selaras dengan kehendak Allah maka kita sebenarnya menolak Rahmat daripada Allah. Apabila tiada rahmat Allah , pastinya akan lahir pelbagai masalah yang melanda di muka bumi ini seperti masalah yang kita bincang pada awal tadi. Inilah masalah UTAMA yang melanda umat hari ini. Keperluan hati diabaikan . Iman tidak mampu tumbuh subur dalam biah( suasana) Hati yang tercemar.

Ayuhlah sahabat-sahabat, Kita jaga hati kita sebaik mungkin. Ia nampak agak remeh tapi hakikatnya memberi kesan dan pengaruh pada akhlak kita, syaksiyyah kita dan keseluruhan kehidupan ini. Bukankah Rasulullah saw telah bersabda;

“ Sesungguhnya pada badan manusia itu ada seketul daging apabila baik, baiklah jasad itu seluruhnya dan apabila tidak baik pastilah tidak baik keseluruhan jasadnya dialah Hati♥nya.”

1 comment:

Humayra' said...

Salam ziarah..

like the way u link 'pencemaran' ke pencemaran hati..
x pernah pula ana kaitkan macam ni..
teruskan berkarya..