Saturday, December 6, 2008

Mulianya kita kerna Islam



Deen Islam adalah Deen(agama/cara hidup) pilihan Allah swt.
Seperti firman Allah;

“ Sesungguhnya Deen disisiku adalah Islam.”
[ Surah `Ali Imran : 19 ]

“ Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatku dan telah Kuredai Islam itu agama mu.”
[ Surah Al- Maidah :3 ]


Islam merupakan nikmat yang telah diturunkan oleh Allah kepada semua manusia di muka bumi ini. Allah telah melengkapkan nikmatnya atas umat Muhammad dengan Islam. Keistimewaan menjadi umat Islam ialah disisi kita adalah Kitabullah dan Sunnah Rasul sebagai pedoman yang dipelihara dan tidak dinodai. Dengan Islam kita telah ditinggikan dan dimuliakan. Ketinggian ini apabila kita berpegang teguh pada Islam.

Tidakkah kita ingat sirah ketika Khalifah Umar Al-Khattab diiringi panglima perang Islam ,Abu Ubaidah memasuki kota Baitul Maqdis setelah Islam berjaya menumpaskan tentera Nasara.Beliau disarankan oleh Abu Ubaidah untuk menyisingkan gamisnya ketika berjalan untuk mengelakkan terkena lumpur demi menjaga statusnya sebagai Khalifah dikalangan penduduk Baitul Maqdis yang baru mengenali beliau. Lantas Umar r.a menegur Abu Ubaidah dengan kata-kata;

“Asal kita adalah umat yang terhina. Tetapi Allah telah muliakan kita dengan Islam. Tetapi awaslah, andai kita meninggalkan Islam ( mengambil nilai-nilai lain ) , Allah akan menjadikan kita umat yang terhina.”

Kata-kata yang ringkas. Namun menggambarkan kepada kita bahawa kemuliaan seseorang itu adalah apabila mengambil Islam sebagai cara hidup yang sebenar. Kehinaan seseorang itu apabila meninggalkan pakaian-pakaian Islam sebagai cara hidup.

No comments: