Friday, October 24, 2008

Detik Sejarah Hidupku

Tarikh 9.9.2008 merupakan titik bersejarah dalam hidupku. Impianku sebelum ini untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kini tercapai. Pada detik itu, kuberhijrah ke Bumi yang penuh barakah . Bumi yang menjadi saksi kehidupan perjuangan para anbiya` , perjuangan Ar-Rasul, serta perjuangan para sahabat. Alhamdulillah, aku dan beberapa sahabat aku yang lain selamat sampai ke Bumi Jordan. Sebelum ini tidak pernah kubayang untuk ke Jordan sebelum ku sambung pelajaran tingkatan 6 Ma`had At-Tarbiyah Al-Islamiyah (MATRI). Dalam melalui fasa kahidupan di tingkatan 6 ini, telah banyak mengubah persepsiku terhadap kehidupan ini. Apatah lagi berada di bawah didikan ustaz-ustaz serta murobbi-murobbi di MATRI yang berpengalaman , mendidik kami dengan penuh kesabar an dan mencurahkan mutiara –mutiara yang menjadi pelita serta suluhan dalam perjalanan hidupku .

Teringat lagi dulu, ketika aku dan sahabatku,Imran Abd Rahman, membaca surat khabar pada waktu sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri. Banyak gambar-gambar serta ucapan –ucapan Hari Raya daripada mereka yang melanjutkan pelajaran ke luar negara . Lantas kami berazam untuk sambung pelajaran kami ke luar negara. Alhamdulillah kini impian itu sudah tercapai. Namun sahabtku Imran kini melanjutkan pelajaran di CUCUMS , Cyberjaya dalam Medic. Good Luck Imran.

Pemilihan Jordan sebagai tempat ku melanjutkan pelajaran adalah atas cadangan Ustaz Abdul Hadi , guru di sekolah lamaku. Beliau melihat Jordan adalah tempat yang baik bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang deeniah walaupun kosnya agak mahal berbanding Negara-negara yang lain. Namun bagiku, tempat atau biah adalah perkara kedua. Apa yang penting yang cuba ku bina dalam diriku adalah Himmah atau kehendak yang kuat dalam proses menuntut ilmu.

Kiniku melanjutkan pelajaranku dalam Ekonomi Islam dan Perbankan di Universiti Yarmouk , Jordan.Mungkin agak pelik kernaku mengambil bidang ini. Selalunya tanggapan masyarakat apabila melanjutkan pelajaran di Bumi Syams, tentunya beranggapan bidang yang diceburi adalah bidang Usuluddin atau Usul Fiqh. Namun sebenarnya , di Universiti Yarmouk, Ekonomi Islam dan perbankan diletakkan bawah Fakulti Syariah . Ana dan 2 sahabat ana yang lain memilih jurusan ini setelah melihat kepada waqie` semasa ( reality ) yang memerlukan pakar-pakar dalam bidang ini. Semoga Allah pernudahkan prosesku dalam menuntut ilmu serta senantiasa dapat meluruskan hati dan niat hanya sanya kerna Allah.



1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum,

saya juga bercadang untuk ke sana. dan juga berminat untuk sambung dalam ekonomi islam. tapi saya adalah pelajar lepasan diploma undang-undang syariah.
susah ke belajar ekonomi islam di sana? saya minat sangat dalam bidang ekonomi. mgkin saudara boleh terangkan?