Saturday, August 29, 2009

Wasiat Muhammad Abdoh

Assalamualaikum,

Satu wasiat inginku kongsi buat sahabat-sahabat yang
dikasihi,

Wasiat ini membuat daku bermuhasabah sebentar....

Muhammad Abdoh;

" Wahai saudaraku amilin dakwah,sebelum anda mengatakan tidak mampu menunaikan kewajipan yang telah diamanahkan kepadamu,sebelum lisanmu mengungkap tidak sanggup, aku sarankan agar anda berhenti sejenak untuk mengevaluasi kembali pekerjaanmu.

Tanyalah dirimu pertanyaan-pertanyaan berikut. Pertanyaan yang akan membantumu menyinari jalan dan menunjukkan kepadamu penyebab ketidakmampuan. Apabila anda mahu mengubati dan meluruskannya, maka anda akan dapat menunaikan kewajipan:

# Apakah anda mengatur waktu dengan betul?
# Apakah anda telah menyusun kewajipan dan pekerjaan
berdasarkan urutan keutamaan?
# Apakah anda telah lakukan pekerjaan dengan waktu
yang seimbang?
# Apakah ada pekerjaan menggunakan waktu lebih banyak
daripada diperuntukkan ?

Dan ingatlah selalu, wahai saudaraku amilin ikhwah, Allah telah memilih anda daripada sejumlah makhluk untuk mengembangkan risalah ini. Ketahuilah bahawa beban dakwah sangat berat dan memerlukan sangat banyak tenaga , sedangkan orang baik jumlahnya sedikit dan
anda adalah salah satu daripada yang sedikit itu. Minta tolonglah kepada Allah . Jadilah orang tertib dalam segala urusannya. Semoga Allah memudahkan segala urusanmu".

(Petikan tulisan Muhammad Abduh, Memperbaharui
Komitmen Dakwah, m/s 145-146)

3 comments:

Nabil MJ said...

Salam akhi.

Apa khabar?
Jazakallah atas perkongsian.Ana sngt mghargainya.

Perlu untuk koreksi diri yg sekian lama mula lupa dan hanyut.
Doakan ana sahabatku..

Akhi Rakhaiz said...

Wslm.

Alhamdulillah , lama kita tak berbicara.

Kekadang kita selalu guna alasan sibuk sedangkan masa terbiar terlalu banyak.

Doakan ana jua akhi untuk terus istiqamah.

Humayra' said...

jazakallahukhair atas perkongsian.
kebetulan membaca dlm masa sibuk study. teringat pada mad'u2 yg dh lama xjumpa. moga tetap istiqamah atas jln ini.

may Allah bless