Monday, March 9, 2009

Tugas di pundak kita memang berat


Baru-baru ini, Ustaz Nahar bekas Presiden PERMAI( Persatuan Mahasiswa Irbid) telah menghantar email buat semua ahli PERMAI melalui yahoo group PERMAI. Pesanannya agak ringkas tetapi mengandungi makna dan erti yang besar. :


Assalamu 'alaikum wbth.

Apa khabar iman kalian?
Moga kata-kata ini berfaedah untuk semua, insyAllah: Kata seorang ulama mujahid ;-

"Wahai saudara-saudaraku, kehendak Allah telah menentukan generasi kami dan generasi kalian datang setelah musuh-musuh Allah meruntuhkan Khilafah Islamiyah. Kita sekarang berada pada keadaan yang lebih mirip dengan keadaan dakwah yang pertama kali munculnya ia. Jahiliyyah mengelilingi kita dari segenap penjuru dunia sedang jumlah para dua'at sangat sedikit.Kehendak Allah juga telah menentukan generasi kami dan kalian datang pada fasa ini dari usia dakwah Islamiyah. Kalau seandainya kita hadir dibawah lindungan khilafah Islamiyah yang masih wujud, nescaya tanggungjawab kita menjadi lebih ringan.

Tetapi kehendak Allah jugalah telah menentukan bahawa kita datang pada fasa yang paling genting dan paling berat iaitu fasa peletakkan BATU ASAS bagi pembangunan khilafah islamiyah yang sangat kita cita-citakan.

Saudaraku, betapa mulia dan beratnya tugas yang kalian hadapi. Akan tetapi saudara-saudaraku sekalian, ketahuilah seandainya khilafah ini telah terdiri dengan izin Allah, maka kebaikannya tidak hanya untuk kaum muslimin sahaja tetapi semua umat manusia"
Wassalam.

1 comment:

Nabil MJ said...

Hmmm...Kata2 yg menyentuh jiwa..
X silap ni kata2 ustaz Mustafa Masyhur,Mursyidul Am Ikhwan ke 5.Wallahu'alam