Baru-baru ini, Ustaz Nahar bekas Presiden PERMAI( Persatuan Mahasiswa Irbid) telah menghantar email buat semua ahli PERMAI melalui yahoo group PERMAI. Pesanannya agak ringkas tetapi mengandungi makna dan erti yang besar. :
Assalamu 'alaikum wbth.
Apa khabar iman kalian?
Moga kata-kata ini berfaedah untuk semua, insyAllah: Kata seorang ulama mujahid ;-
"Wahai saudara-saudaraku, kehendak Allah telah menentukan generasi kami dan generasi kalian datang setelah musuh-musuh Allah meruntuhkan Khilafah Islamiyah. Kita sekarang berada pada keadaan yang lebih mirip dengan keadaan dakwah yang pertama kali munculnya ia. Jahiliyyah mengelilingi kita dari segenap penjuru dunia sedang jumlah para dua'at sangat sedikit.Kehendak Allah juga telah menentukan generasi kami dan kalian datang pada fasa ini dari usia dakwah Islamiyah. Kalau seandainya kita hadir dibawah lindungan khilafah Islamiyah yang masih wujud, nescaya tanggungjawab kita menjadi lebih ringan.
Tetapi kehendak Allah jugalah telah menentukan bahawa kita datang pada fasa yang paling genting dan paling berat iaitu fasa peletakkan BATU ASAS bagi pembangunan khilafah islamiyah yang sangat kita cita-citakan.
Saudaraku, betapa mulia dan beratnya tugas yang kalian hadapi. Akan tetapi saudara-saudaraku sekalian, ketahuilah seandainya khilafah ini telah terdiri dengan izin Allah, maka kebaikannya tidak hanya untuk kaum muslimin sahaja tetapi semua umat manusia"
Apa khabar adik-adik semua? Semoga antum sentiasa diredhai Allah. Ana di sini Alhamdulillah dan dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan waqie` di Jordan yang ternyata berbeza dengan di Malaysia dan di bumi wakafan MATRI.
Dalam kesempatan ini, ana hajat untuk kongsilah sedikit sebanyak pengalaman yang ana peroleh sepanjang menjadi pengawas selama hampir 5 tahun bermula tingkatan 3 hinggalah khassah 2.
Satu hakikat yang perlu kita ketahui dan amati bahawasanya, terbinanya MATRI bukanlah seperti sekolah lain. Ia merupakan institusi yang ingin melahirkan Pelajar yang SOLEH dan MUSLEH. Institusi yang melahirkan DAIE`. Melahirkan pelajar yang iltizam dan intizom dengan ajaran DEEN ALLAH swt.
Satu masa waktu ana form 5, kita (BPM) giatkan kempen jimat elektrik dan sbgnya kerana kewangan MATRI agak tidak stabil. Respon Cikgu Rosdi dalam halaqat kami , bahawa MATRI dan sahabat2 tidak risau jika duit kekurangan dan sbgnya.Kerana duit boleh dicari. Tapi MATRI dan sahbat2 risau andaikata MATRI tidak mampu melahirkan DAIE` dan PEWARIS KERJA2 DNT.Itulah yang merisaukan. Bukankah itu matlamat dan tujuan MATRI dibina.Andaikata ada peluang, kajilah dan singkapkan sejarah penubuhan MATRI.
Apabila kita lihat dan kita amati ungkapan 'Guru-guru lama' seperti Cikgu Rosdi , jelaslah bahawa MATRI bukanlah seperti sekolah biasa, bukanlah seperti institusi biasa tetapi ia mempunyai matlamat yang amat besar untuk melahirkan manusia yang luar biasa. Untuk melahirkan hasil yang luar biasa, sewajibnya ia melalui proses yang luar biasa dan Proses itu mestilah dikawal dan dijaga oleh KEPIMPINAN YANG LUAR BIASA.
Anda semua adalah barisan kepimpinan MATRI. Anda bukanlah semata-mata pengawas yang menegakkan peraturan MATRI tetapi anda adalah DAIE` dan DAIE`YAH di MATRI.Anda sebagai AYAH dan UMI yang mencurahkan KASIH SAYANG pada adik-adik. Anda adalah MUROBBI yang mendidikpelajar yang lain. Anda adalah USTAZ dan USTAZAH dalam MENINGKATKAN HDA pelajar-pelajar . Anda adalah PEMIMPIN yang mengawal BIAH di MATRI. Anda adalah ABANG dan KAKAK kepada adik-adik untuk MENDENGAR PERMASALAHAN mereka. Anda adalah QUDWAH dan CONTOH kepada pelajar-pelajar yang lain.
Inilah di antara ciri-ciri Pemimpin di MATRI. Akhlak mereka di kagumi dan tingkah lakunya sentiasa diikuti oleh pelajar-pelajar yang lain. Senyumannya dan kata-katanya sering mencuit hati adik-adik.
Andaikata terdapat pelajar masalah, kita tidak mencemuh mereka,kita tidak memarahi mereka dengan sewang-wenangnya dan kita tidak cop mereka bahawa mereka adalah budak jahat. Malah, Kita lihat mereka adalah Madu` kita yang kita akan didik. Kita cuba dekati mereka, mendengar permasalahan mereka, cuba memahami mereka dan cuba menyelesaikan masalah selagi kita mampu. Jika keadaan kritikal dan tidak mampu bantu mereka maka, bawalah ia pada pihak guru-guru untuk menyelesaikan. Ingatlah perjalanan kita masih jauh.Berdasarkan pengalaman ana di MATRI, ‘ dia ’ adalah pelajar yangbermasalah. Tetapi di IPT, dia adalah penggerak sahabat-sahabat . Hidayah milik Allah. Allah berhak untuk memberi kepada sesiapa yang dihendaki . Justeru, berbaik sangkalah dan berdoalah agar pelajar masalah itu diberi petunjuk oleh Allah.
Adik-adik sekalian,
Teringat ana pada perjumpaan BPM 06dengan Al-fadhil Ustaz Dahlan Bin Mohd Zain, dia menegaskan bahawa apa yang MATRI dan barisan Pengawas jalankan adalah Menegakkan yang Syara` dan Meninggalkan Tidak Syara`. Sebagaimana yang kita sedia maklum,
Yang Baik Itu Apa Yang Dikatakan Baik oleh Syara` dan Yang Tidak Baik Itu AdalahApa Yang Dikatakan Tidak Baik Oleh Syara`.
Inilah satu saranan yang perlu wujud dalam biah MATRI. Bukanlah kita menegakkan peraturan di MATRI seperti tugas pengawas sekolah lain semata-mata, malah apa yang kita harus tekankan pada pelajar bahawa peraturan itu sendiri adalah dalam lingkungan syara`.
Selain itu, jagalah Iman dan Akhlak anda.Binalah Tamayyuz di antarabarisan pengawas dan pelajar-pelajar yang lain. Kekadang kita marah pelajar yang tidak ikut peraturan MATRI dan sebagainya. Sedangkan ketaatanakan terlahir apabila ada siqah (kerpercayaan). Tidak ada Dakwah tanpa kepimpinan. Tidak ada kepimpinan tanpa ketaatan . Tidak ada ketaatan tanpa siqah. Kadar kesiqahan Pemimpin dan pelajar yang lain menentukan tahap kekuatan nidzam dan pelaksanaan perancangandan faktor kejayaan dalam memimpin.
Pernahkah kita dengar kata-kata seorang ulama yang menyebut andaikata pemimpin menyibukkan dengan perkara makruh, maka rakyatnya akan menyibukkan diri dengan perkara haram . Andaikata pemimpin menyibukkan diri dengan perkara wajib makarakyatnya akan menyibukkan diri dengan perkara makruh. Andaikata pemimpin menyibukkan diri dengan perkara sunat maka rakyatnya akan menyibukkan diri dengan perkara wajib. Justeru , tingkatkanlah HDA dikalangan pemimpin MATRI.
Rancanglah program dalaman BPM dari aspek peningkatan rohani, penyeragaman fikrah , peningkatan syuur , penyelarasan gerak kerja dan peningkatan ukhuwah. 5 perkara ini merupakan elemen-elemen utama dalam mewujudkan barisan kepimpinan MATRI yang berkualiti.
Ingatlah adik-adik sekalian,
kita bukanlah pemula langkah tetapi kita adalah penyambung rantai-rantai . Kita adalah penerus jalan Dakwah dan Tarbiyah ini. Minimakan kesilapan yang pernah generasi terdahulu lakukan dan tingkatkanlah kekuatan anda semua. Warnailah Biah MATRI dengan Biah Solehah agar terlahirnya generasi mendatang generasi beriman. Abang mana yang tidak mahu lihat kejayaan adiknya lebih baik darinya. Insyallah , ana sentiasa doakan kejayaan adik-adik semua di Bumi Wakafan MATRI. Kirim salamlah pada semua guru dan pelajar di MATRI.
Andaikata terdapat salah dan silap serta kekurangan ana mohon ribuan kemaafan. Doakanlah ana dan sahabat2 di sini agar terus istiqamah dan kuatkan jihad kami menuntut ilmu di Bumi Syams Urdun.
Bayangkanlah dengan mata hatimu. Andaikata mereka itu ayah dan ibu kandung kita. Andaikatakanlah mereka adalah adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak kandung kita. Apa perasaan kita. Mereka semua adalah saudara-saudara kita.
Layakkah kita digelar orang beriman? Cukupkah kita sekadar kihat? Panjatlah doa khas buat mereka, infaklah semampu anda, sebarkanlah maklumat PALESTIN pada yang lain dan lakukanlah apa-apa semampu mungkin.
Rasulullah saw bersabda maksudnya:
"Tidak beriman seseorang itu hingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"
Beberapa Laman Web yang membicarakan dan memaklumkan berita terkini tentang Palestin khususnya di Gaza. Berikut antara Laman Web yang boleh kita lihat perkembangan terkini saudar-saudara kita di Palestin:
Alhamdulillah , keputusan adik-adik MATRI dalam PMR telah diumumkan. Berikut merupakan ringkasan keputusan yang ana peroleh:
9A ; 6 pelajar 8A ; 11 pelajar
http://www.matri.edu.my/v3/
Tahniah diucapkan kepada pelajar MATRI 2008 yang berjaya menempa kejayaan pada PMR 2008 yang lalu. Moga-moga ia menjadi pemangkin atau batu loncatan kepada anda semua untuk terus berjaya dalam peperiksaan yang lebih besar pada masa akan datang. Apa yang lebih penting adalah kejayaan anda merupakan kejayaan MATRI seterusnya adalah kejayaan ISLAM. Kejayaan anda telah memberi berita gembira kepada semua mereka yang mencintai Islam. Semoga kejayaan ini akan terus mendekatkan hubungan anda dengan Allah swt.
Bagi yang kurang berjaya, ketahuilah bahawa perjalanan kehidupan anda masih jauh dan panjang. Tingkatkan usaha anda semua dan perbaikilah kesilapan anda. Jadikanlah ia sebagai titik tolak untuk anda melakukan anjakan paradigma dan lompatan saujana ke arah perubahan bagi mencapai kejayaan pada masa akan datang.
Setelah menunaikan solah maghrib berjemaah di masjid jamiah yarmouk, syeikh ma`mun, imam masjid membaca doa secara jahar(kuat). Kebiasaan masjid-masjid di Jordan tidak membaca doa secara kuat selepas solah fardu. Dalam doa tersebut , syiekh ma`mun supaya Allah pelihara dan perkuatkan rakyat di palestin dan khususnya di Gaza. Aku kehairanan . Setelah selesai membaca doa, aku terus tanya Qayyim, kawanku yang berada disebelahku tentang perihal tersebut.
“Tadi tengok internet, Israel telah melancarkan serangan bunuh beramai-ramai di Gaza. Ramai dah mati dan beratus yang cedera.”
“Kenapa tiba-tiba jadi macam tu pulak.”
Aku kehairanan kerana bukan menjadi perkara luar biasa Israel serang Palestin. Malah menjadi perkara yang ‘biasa’ , mereka membunuh penduduk tanpa meresa belas kesihan. Isu itu telah lama diperkatakan.
“Semalam baru tamat genjatan senjata, jadi depa attack Gaza habis-habisan. Aku tengok internet tadi, menteri pertahanan Israel kata ini baru permulaan.”
“Baru permulaan!” Aku terkejut.
Aku teringat kepada seorang sahabatku dari Palestin. Namanya Mahannat. Aku berkenalan dengannya ketika di kuliah Ulum Quran bersama Dr Ahmad Naufal. Aku cuba mencari-carinya kerana menjadi kebiasaan kepadanya untuk solah di masjid secara berjemaah. Aku menoleh kebelakang dan mendapatinya sedang mencari tempat untuk membaca Al-Quran. Aku terus mendapatkannya. Matanya kelihatan berkaca-kaca kerana pastinya beliau terkenang kampung halamannya di Palestin. Apatah lagi beliau tak dapat pulang ke kampungnya pada hari raya haji yang lepas kerana tak dibenarkan masuk ke situ oleh pihak Israel.
“Assalamualaikum. Apa khabar?” soalku sebagai pembuka bicara.
“Alhamdulillah, sihat. anta?”
“Alhamdulillah.” Jawabku.
Kami terus mendapat tempat di hujung masjid. Kelihatan matanya agak berair. Pada awalnya , aku agak segan untuk bertanyakan perihal serangan tersebut dalam keadaannya yang begitu. Tapi aku nak sendiri tahu tentang palestin sekarang melalui mulut orang palestin sendiri.
“Mahannat , ermm..macam ,mana Palestin sekarang.”
“ Israel dah serang Gaza. Anta cuba tengok masjid ini, dan semua pintu di masjid ini ditutup. Macam tulah keadaan Palestin sekarang. Tak ada air, elektrik, makanan , ubat-ubatan dan lain-lain lagi. Semuanya disekat.Ramai yang cedera dan mati” Katanya perlahan-lahan.
Kami diam seketika. Tak berani kusoal banyak dalam keadaan dia yang sedih itu. Mungkin perlu bagi masa padanya untuk tenang.
“ insyallah kita sama-sama doa pada rakyat Palestin. Ok lah , ana pergi dulu .”sengaja kutamatkan perbualan yang ringkas itu.
Selepas menunaikan solah berjemaah isyak, aku terus pulang ke rumah. Dalam perjalanan itu , Mahannnat memanggilku. Dia ingin balik ke rumah bersama-samaku yang kebetulannya sama jalan.
Dalam perjalanan banyak dibincangkan tentang keadaan Palestin kini.
Di akhir perjalanan itu.
“ Sejukkan Mahannat cuaca sekarang. Ana sekarang kena pakai banyak baju. Tengok ana sekarang pakai 3 lapis baju.” Kataku padanya .
“ Sejuk? Kalau cuaca macam biasa je. Di Palestin lagi sejuk.”balasnya. Macam mana keadaan rakyat Gaza sekarang. Dah la tak ada elektrik dan rumah diroboh. Kalau keadaan macam ini pun dah kurasa sejuk sangat , bagaimana anak-anak kecil, orang-orang tua, ibu-ibu dan lain-lain lagi. Masyallah . tak dapat kubayang.
“Biasa! Kalau macam ni sejuk la. Ana kat Malaysia tak sejuk macam ni. Panas . Oklah ,kita jumpa lagi esok.” Balasku balik sebagai berakhirnya perbualan kami berdua.
Esoknya.
Selepas menunaikan solah Asar berjemaah, aku dan Mahannat sekali lagi pulang bersama-sama. Beliau menunjukkan handsetnya, gambar-gambar terkini keadaan di Gaza sekarang. Ada yang kehilangan anggota badan, rumah di robohkan, ada mayat yang hangus, anak-anak kecil terbunuh. Allahuakbar!!! Betapa ngerinya keadaan mereka.
Bantulah mereka ya Allah. Tiada yang berkuasa melainkan Mu, ya Allah.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca , kerana membaca itu sumber hikmah ; menyediakan waktu untuk tertawa , kerana tertawa itu muziknya jiwa ;
menyediakan waktu berfikir , kerana berfikir itu pokok kemajuan ;
menyediakan waktu beramal , kerana beramal itu pangkal kejayaan ;
menyediakan waktu untuk bersenda , kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu ialah daripada segala ketenangan jiwa.
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil
Fikir-fikirkanlah sahabat-sahabat sekalian. Adakah kita akan ingin terus melakukan MAKSIAT. Semuanya terletak ditangan kita. Adakah kita ingin mengorbankan kebahagiaan hakiki untuk menikmati kebahagiaan sementara. Fikir-fikirkanlah.
Inilah laungan kejutan subuh oleh Ustaz Mahathir, warden atau ayahanda Pelajar MATRI memecahkan keheningan di pagi hari di asrama induk. Suaranya ibarat kejutan elektrik yang menggerakkan pelajar MATRI lantas kami bergegas dan berlari untuk menyiapkan diri untuk solah Subuh . Bagi pelajar yang masih dilamun mimpi, pasti akan dilemaskan dengan siraman air olehnya. Ini bukanlah suatu penyeksaan tetapi adalah Tadrib atau latihan bagi pelajar untuk solah Subuh secara berjemaah.Teringat kata-kata seorang Rabi Yahudi ;
“ Janganlah umat Islam bermimpi untuk mengalahkan Yahudi sehingga bilangan mereka yang solah Subuhberjemaah di masjid menyamai bilangan yang datang untuk solah Jumaat.”
Ketika sampai di musolla dan setelah azan Subuh, kadang-kalaterdengar pula laungan.
“ Bangun solah sunat Subuh…. Bangun , pahala lebih baik dari dunia dan seisinya…”
Inilah laungan yang dilontarkan oleh Ustaz Abdul Hadi kepada pelajar . Beliau sering memotivasi kami untuk terus istiqamah dengan amalan ini yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasullullah saw. Amalan yang ringkas namun diganjari dengan pahala yang lebih baik dari dunia dan seisinya. Jika ustaz Hadi tidak hadir pada pagi itu, kadangkala terdengar suara yang diingatkan oleh para pengawas. Walaupun agak penat di pagi hari, namun motivasi yang diberi menggerakkan sebahagian besar pelajar untuk melaksanakan solah sunat Subuh. Secara tidak langsung , menggerakkan pelajar yang masih‘ dilamun mimpi ’ di Musolla MATRI yang melihat kebanyakan pelajar bangun untuk solah sunat Subuh.
Sementara menunggu jam 6.15 pagi , masa untuk mendirikan Solah Subuh berjemaah, sebahagian pelajar akan mengambil Al-Quran untuk membaca dan menghafaz. Kadangkala, apabila ramai yang membaca Al-Quran seolah-olah kedengaran seperti lebah di sarangnya. Di MATRI, solah subuh didirikan agak sedikit lambat adalah untuk memastikan semua pelajar melaksanakan solah Subuh secara berjemaah di Musolla.
Apabila diiqamahkan oleh muazzin, seringkali solah Subuh diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi. Bacaannya yang sayup-sayup dan daripada hati yang begitu ikhlas, kadangkala men yebabkan jiwa ini runtuh dan mengalir air mata. Kadangkala juga beliau menangis dalam mengimamkan solah subuh. Hatiku ketika itu begitu sayu. Walaupun tidak memahami erti kandungan bacaan, namun mu`jizat Al-Quran sememangnya mampu menggetarkan jiwa manusia.
Setelah selesai menunaikan solah subuh berjemaah, jiwa kami diisi pula oleh mutiara-mutiara tazkirah beliau lebih kurang 10 minit dan membaca surah dalam juzu` Amma. Walaupun sebahagian besar daripada kami ‘ patah tengkuk ’( tidur ) , namun beliau tidak jemu-jemu untuk mencurah siraman iman di jiwa kami. Andaikata , ustaz Abdul Hadi tidak hadir pada pagi itu, pengawas mengambil tempat untuk mengetuai bacaan satu muka surat dalam Al-Quran. Bacaan Al-Quran walaupun ringkas tetapi amat diberi penekanan oleh beliau agar kehidupan harian ini senantiasa dimulakan dengan tuntutan berubudiah kepada Allah.
“Futhur….futhur….”
Kalimah ini bukanlah bermaksud merasa lemah setelah berjuang. Namun laungan Ustaz Abdul Hadi mengingatkan pelajar agar bergegas-gegas ke dewan makan untuk sarapan pagi. Terdapat juga sebahagian pelajar membaca Al-Quran atau Al-Mathurat bersendirian sebelum ke dewan makan.
Suasana subuh di bumi wakafan MATRI begitu indah. Tidak mampu digambarkan dengan tulisan. Hanya hati-hati serta jiwa-jiwa yang hidup mampu menghayati suasana tersirat di pagi Subuh. Walaupun dalam keadaan letih, kita mampu melatih jiwa kita untuk melaksanakan tuntutan Allah. Muka-muka adik-adik yang bersih dan abang-abang yang memberi qudwah di pagi hari, menerbitkan jiwa ini sentiasa aman dan tenteram. Siraman mutiara-mutiara yang tidak jemu-jemu oleh ustaz Abdul Hadi menyebabkan jiwa ini begitu bertenaga di pagi hari. Suasana bacaan Al-Quran menyebabkan jiwa ini senatiasa bergetar mengingati kekerdilan diri sebagai hamba Allah. Inilah biah solehah( suasana yang baik ) yang jarang kutemui kini.
Suasana yang bahagia ini amat dirindui oleh graduanmu MATRI yang berada jauh memikul tanggungjawab yang lebih besar. Suasana ini meninggalkan bekas yang mendalam dalam jiwa ini.
Acapkali kita mendengar masalah pencemaran. Sering kali media elektronik dan media massa mengembar-gemburkan masalah pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bunyi, pencemaran hutan, pencemaran sampah dan sebagainya. Impak daripada pencemaran, banyak kesan-kesan buruk yang terhasil sebagai mana yang kita sedia maklum. Justeru, ia senantiasa menjadi topik hangat dalam perbualan dan dalam diskusi. Banyak benar organisasi-organisasi sama ada bawah kerajaan atau NGO ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Banyak wang dilaburkan bagi mengatasi kemelut itu yang akan memberi kesan negetif yang berpanjangan terhadap bumi ini.
Disebalik kesibukan kita memikirkan masalah-masalah tersebut, kadangkala kita terlupa , ada satu pencemaran yang sebenarnya lebih besar kesan negatifnya andaikata tidak dititikberatkan. Pencemaran itu bukan sekadar memberi kesan kepada diri kita di muka bumi ini malah di akhirat kelak . Satu pencemaran yang mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan yang tidak dapat dirasai dengan panceraindera.
Namun kesannya begitu parah dan mampu melumpuhkan HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH. Hubungan yang menjadikan kita amat bernilai di muka bumi ini. Tanpa ada ikatan hubungan ini, amat sia-sialah kita dijadikan di muka bumi ini. Begitu parahkan sahabat-sahabat , pencemaran ini. Malah masalah ini lebih besar daripada pencemaran-pencemaran yang lain. Pencemaran inilah yang menjadi punca terbitnya masalah-masalah yang lain. Masalah sosial, masalah akhlak , masalah keluarga, masalah modal insan dan lain-lain lagi. Benar, ia memang parah dan mampu melumpuhkan sistem kehidupan hari ini. Pencemaran yang dimaksudkan adalah PENCEMARAN HATI.
Ya, memang yang dimaksudkan adalah pencemaran hati. Dalam melalui kehidupan hari ini, seringkali kita leka dan alpa akan kebersihan hati. Seringkali kita lupa mengisi keperluan-keperluan hati. Kita gagal untuk menyirami ia dengan Siraman IMAN dan gagal membajai ia dengan baja TAKWA. Malah, seringkali kita menghidangkan ia dengan kotoran maksiat yang kita sedari atau tidak sedari. Kita rasa bahagia hati ini diselaputi oleh maksiat yang sebenarnya menutupi ruangan-ruangan pancaran cahaya iman menembusi hati ini.
Lantas , hati yang lumpuh ini, tidak mampu menggerakkan anggota-anggota badan yang lain menjalani kehidupan ini selaras dengan kehendak-Nya . Hawa nafsu menggantikan peranan iman dan menjadi raja dalam anggota badan. Impakanya, hawa nafsu mengarahkan anggota-anggota melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang diperintahkan Allah. Bisikannya lagi bukan kebenaran.
Maka lahirnya, tindak-tanduk untuk melakukan masalah –masalah yang lain. Apabila kita tidak menjalani kehidupan selaras dengan kehendak Allah maka kita sebenarnya menolak Rahmat daripada Allah. Apabila tiada rahmat Allah , pastinya akan lahir pelbagai masalah yang melanda di muka bumi ini seperti masalah yang kita bincang pada awal tadi. Inilah masalah UTAMA yang melanda umat hari ini. Keperluan hati diabaikan . Iman tidak mampu tumbuh subur dalam biah( suasana) Hati yang tercemar.
Ayuhlah sahabat-sahabat, Kita jaga hati kita sebaik mungkin. Ia nampak agak remeh tapi hakikatnya memberi kesan dan pengaruh pada akhlak kita, syaksiyyah kita dan keseluruhan kehidupan ini. Bukankah Rasulullah saw telah bersabda;
“ Sesungguhnya pada badan manusia itu ada seketul daging apabila baik, baiklah jasad itu seluruhnya dan apabila tidak baik pastilah tidak baik keseluruhan jasadnya dialah Hati♥nya.”
Deen Islam adalah Deen(agama/cara hidup) pilihan Allah swt. Seperti firman Allah;
“ Sesungguhnya Deen disisiku adalah Islam.” [ Surah `Ali Imran : 19 ]
“ Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatku dan telah Kuredai Islam itu agama mu.” [ Surah Al- Maidah :3 ]
Islam merupakan nikmat yang telah diturunkan oleh Allah kepada semua manusia di muka bumi ini. Allah telah melengkapkan nikmatnya atas umat Muhammad dengan Islam. Keistimewaan menjadi umat Islam ialah disisi kita adalah Kitabullah dan Sunnah Rasul sebagai pedoman yang dipelihara dan tidak dinodai. Dengan Islam kita telah ditinggikan dan dimuliakan. Ketinggian ini apabila kita berpegang teguh pada Islam.
Tidakkah kita ingat sirah ketika Khalifah Umar Al-Khattab diiringi panglima perang Islam ,Abu Ubaidah memasuki kota Baitul Maqdis setelah Islam berjaya menumpaskan tentera Nasara.Beliau disarankan oleh Abu Ubaidah untuk menyisingkan gamisnya ketika berjalan untuk mengelakkan terkena lumpur demi menjaga statusnya sebagai Khalifah dikalangan penduduk Baitul Maqdis yang baru mengenali beliau. Lantas Umar r.a menegur Abu Ubaidah dengan kata-kata;
“Asal kita adalah umat yang terhina. Tetapi Allah telah muliakan kita dengan Islam. Tetapi awaslah, andai kita meninggalkan Islam ( mengambil nilai-nilai lain ) , Allah akan menjadikan kita umat yang terhina.”
Kata-kata yang ringkas. Namun menggambarkan kepada kita bahawa kemuliaan seseorang itu adalah apabila mengambil Islam sebagai cara hidup yang sebenar. Kehinaan seseorang itu apabila meninggalkan pakaian-pakaian Islam sebagai cara hidup.
“ Sebaik-baik manusia adalah orang yang diberi panjang umur dan baik amalannya. Dan seburuk-buruk manusia adalah orang yang diberi umur panjang dan buruk amalan.”
Marilah kita hayati beberapa firman Allah dan maksud Hadis Rasulullah saw berkaitan keutamaan menuntut ilmu.
9. (apakah kamu Hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.
•• 28. Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama[1258]. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. [1258] yang dimaksud dengan ulama dalam ayat Ini ialah orang-orang yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah.
“ Mencari ilmu pengetahuan adalah wajib atas setiap Muslim.” ( H.R Ibnu Adibarr )
“ Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan , maka Allah akan permudahkan untuknya ke Syurga .” ( H.R Muslim )
Pernah kubaca dalam satu buku motivasi , satu kata-kata menyebut; “ Anda merancang kegagalan jika anda gagal merancang .”
Kehidupan ini perlu dirancang. Kerna setiap kejayaan harus bermula langkah pertama yang terancang. Di tangan kita tersimpan pensel warna yang akan mewarnai kertas kehidupan kita yang mendatang. Andai indah, bersih serta jelas warnanya , pastinya akan gemilanglah kehidupan ini. Ada bijak pandai menyebut ;
“ Mimpi hari ini adalah kenyataan hari esok ”.
Apatah lagi kini kuberada di luar Negara. Setiap detik begitu berharga. Peluang- peluang perlu dimanfaat sebaik-baiknya. Inginku kongsi bersama anda semua Seminar Halatuju Pelajar Ke Luar Negara yang diadakan di bawah anjuran HALUAN yang kuikuti sebelum ku berangkat ke Urdun. Rumusan Seminar Halatuju Pelajar ke Luar Negara
(1) Niat
• Isi pengkhususan yang diperlukan oleh Islam • Hanya sanya Kerana Allah
(2) Iltizam Tarbawi
• Mejaga Ibadah-ibadah khusus • Mengikuti usrah • Memberi sumbangan
(3) Akademik
• Target ; Cemerlang • Belajar berkumpulan • Ilmu Tambahan ; (a) Al-Quran (b) Bahasa Arab (c) Bahasa Inggeris (d) Komputer (e) Organisasi/ kepimpinan / pengurusan
(4) Pengalaman
• Meluaskan Networking ( jaringan ) • Lawatan @ Ziarah • Aktif di Kampus
Ini merupakan kesimpulan yang kutulis selama ku mengikuti seminar ini selama 2 hari 1 malam. Semoga kalian dapat sedikit sebanyak manfaat.
Aku adalah insan yang ingin melayari kehidupan ini dengan keimanan dan ketaqwaan. Mengharapkan RedhaNya senantiasa dan mendidik hati ini agar terus mentaati segala kehendakNya. Pastinya akan terlahir Ketenangan dan Kebahagiaan yang diimpi-impikan.