Friday, January 16, 2009

Sebahagian Gambar-Gambar di Gaza

















Bayangkanlah dengan mata hatimu. Andaikata mereka itu ayah dan ibu kandung kita. Andaikatakanlah mereka adalah adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak kandung kita. Apa perasaan kita. Mereka semua adalah saudara-saudara kita.

Layakkah kita digelar orang beriman? Cukupkah kita sekadar kihat? Panjatlah doa khas buat mereka, infaklah semampu anda, sebarkanlah maklumat PALESTIN pada yang lain dan lakukanlah apa-apa semampu mungkin.

Rasulullah saw bersabda maksudnya:

"Tidak beriman seseorang itu hingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"

"Ayuh kita pedulikan PALESTIN"

Ayuh Pedulikan Palestin



Beberapa Laman Web yang membicarakan dan memaklumkan berita terkini tentang Palestin khususnya di Gaza. Berikut antara Laman Web yang boleh kita lihat perkembangan terkini saudar-saudara kita di Palestin:

1>http://haluanpalestin.haluan.org.my/
2>http://palestinkini.info/
3>http://www.palestine-info.co.uk/En/
4>http://www.palestine-info.info/ar/


Rasulullah pernah bersabda:
"Siapa yang tidak mengambil berat tentang urusan orang Mukmin , maka bukanlah di kalangan mereka( mukmin)" .

Semoga kita tak tergolong dalam golongan yang tidak ambil berat tentang urusan Mukmin.

"Ayuh kita pedulikan PALESTIN"

Jom Baikot Barangan Israel dan Amerika






Sumber gambar :
http://www.tinta-tarbawi.blogspot.com/

Result PMR MATRI

8



Alhamdulillah , keputusan adik-adik MATRI dalam PMR telah diumumkan. Berikut merupakan ringkasan keputusan yang ana peroleh:

9A ; 6 pelajar
8A ; 11 pelajar

http://www.matri.edu.my/v3/

Tahniah diucapkan kepada pelajar MATRI 2008 yang berjaya menempa kejayaan pada PMR 2008 yang lalu. Moga-moga ia menjadi pemangkin atau batu loncatan kepada anda semua untuk terus berjaya dalam peperiksaan yang lebih besar pada masa akan datang. Apa yang lebih penting adalah kejayaan anda merupakan kejayaan MATRI seterusnya adalah kejayaan ISLAM. Kejayaan anda telah memberi berita gembira kepada semua mereka yang mencintai Islam. Semoga kejayaan ini akan terus mendekatkan hubungan anda dengan Allah swt.

Bagi yang kurang berjaya, ketahuilah bahawa perjalanan kehidupan anda masih jauh dan panjang. Tingkatkan usaha anda semua dan perbaikilah kesilapan anda. Jadikanlah ia sebagai titik tolak untuk anda melakukan anjakan paradigma dan lompatan saujana ke arah perubahan bagi mencapai kejayaan pada masa akan datang.

Gaza Meraung lagi !!!



Setelah menunaikan solah maghrib berjemaah di masjid jamiah yarmouk, syeikh ma`mun, imam masjid membaca doa secara jahar(kuat). Kebiasaan masjid-masjid di Jordan tidak membaca doa secara kuat selepas solah fardu. Dalam doa tersebut , syiekh ma`mun supaya Allah pelihara dan perkuatkan rakyat di palestin dan khususnya di Gaza. Aku kehairanan . Setelah selesai membaca doa, aku terus tanya Qayyim, kawanku yang berada disebelahku tentang perihal tersebut.

“Tadi tengok internet, Israel telah melancarkan serangan bunuh beramai-ramai di Gaza. Ramai dah mati dan beratus yang cedera.”

“Kenapa tiba-tiba jadi macam tu pulak.”

Aku kehairanan kerana bukan menjadi perkara luar biasa Israel serang Palestin. Malah menjadi perkara yang ‘biasa’ , mereka membunuh penduduk tanpa meresa belas kesihan. Isu itu telah lama diperkatakan.

“Semalam baru tamat genjatan senjata, jadi depa attack Gaza habis-habisan. Aku tengok internet tadi, menteri pertahanan Israel kata ini baru permulaan.”

“Baru permulaan!” Aku terkejut.

Aku teringat kepada seorang sahabatku dari Palestin. Namanya Mahannat. Aku berkenalan dengannya ketika di kuliah Ulum Quran bersama Dr Ahmad Naufal. Aku cuba mencari-carinya kerana menjadi kebiasaan kepadanya untuk solah di masjid secara berjemaah. Aku menoleh kebelakang dan mendapatinya sedang mencari tempat untuk membaca Al-Quran. Aku terus mendapatkannya. Matanya kelihatan berkaca-kaca kerana pastinya beliau terkenang kampung halamannya di Palestin. Apatah lagi beliau tak dapat pulang ke kampungnya pada hari raya haji yang lepas kerana tak dibenarkan masuk ke situ oleh pihak Israel.

“Assalamualaikum. Apa khabar?” soalku sebagai pembuka bicara.

“Alhamdulillah, sihat. anta?”

“Alhamdulillah.” Jawabku.

Kami terus mendapat tempat di hujung masjid. Kelihatan matanya agak berair. Pada awalnya , aku agak segan untuk bertanyakan perihal serangan tersebut dalam keadaannya yang begitu. Tapi aku nak sendiri tahu tentang palestin sekarang melalui mulut orang palestin sendiri.

“Mahannat , ermm..macam ,mana Palestin sekarang.”

“ Israel dah serang Gaza. Anta cuba tengok masjid ini, dan semua pintu di masjid ini ditutup. Macam tulah keadaan Palestin sekarang. Tak ada air, elektrik, makanan , ubat-ubatan dan lain-lain lagi. Semuanya disekat.Ramai yang cedera dan mati” Katanya perlahan-lahan.

Kami diam seketika. Tak berani kusoal banyak dalam keadaan dia yang sedih itu. Mungkin perlu bagi masa padanya untuk tenang.

“ insyallah kita sama-sama doa pada rakyat Palestin. Ok lah , ana pergi dulu .”sengaja kutamatkan perbualan yang ringkas itu.

Selepas menunaikan solah berjemaah isyak, aku terus pulang ke rumah. Dalam perjalanan itu , Mahannnat memanggilku. Dia ingin balik ke rumah bersama-samaku yang kebetulannya sama jalan.

Dalam perjalanan banyak dibincangkan tentang keadaan Palestin kini.

Di akhir perjalanan itu.

“ Sejukkan Mahannat cuaca sekarang. Ana sekarang kena pakai banyak baju. Tengok ana sekarang pakai 3 lapis baju.” Kataku padanya .

“ Sejuk? Kalau cuaca macam biasa je. Di Palestin lagi sejuk.”balasnya. Macam mana keadaan rakyat Gaza sekarang. Dah la tak ada elektrik dan rumah diroboh. Kalau keadaan macam ini pun dah kurasa sejuk sangat , bagaimana anak-anak kecil, orang-orang tua, ibu-ibu dan lain-lain lagi. Masyallah . tak dapat kubayang.

“Biasa! Kalau macam ni sejuk la. Ana kat Malaysia tak sejuk macam ni. Panas . Oklah ,kita jumpa lagi esok.” Balasku balik sebagai berakhirnya perbualan kami berdua.

Esoknya.

Selepas menunaikan solah Asar berjemaah, aku dan Mahannat sekali lagi pulang bersama-sama. Beliau menunjukkan handsetnya, gambar-gambar terkini keadaan di Gaza sekarang. Ada yang kehilangan anggota badan, rumah di robohkan, ada mayat yang hangus, anak-anak kecil terbunuh. Allahuakbar!!! Betapa ngerinya keadaan mereka.

Bantulah mereka ya Allah. Tiada yang berkuasa melainkan Mu, ya Allah.