Friday, October 24, 2008

Hargailah Masa





“ Sebaik-baik manusia adalah orang yang diberi panjang umur dan baik amalannya. Dan seburuk-buruk manusia adalah orang yang diberi umur panjang dan buruk amalan.”


Marilah kita hayati beberapa firman Allah dan maksud Hadis Rasulullah saw berkaitan keutamaan menuntut ilmu.

                        
9. (apakah kamu Hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.

 ••                  
28. Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama[1258]. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
[1258] yang dimaksud dengan ulama dalam ayat Ini ialah orang-orang yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah.

“ Mencari ilmu pengetahuan adalah wajib atas setiap Muslim.”
( H.R Ibnu Adibarr )

“ Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan , maka Allah akan permudahkan untuknya ke Syurga .”
( H.R Muslim )

Hala Tuju Pelajar Luar Negara



Pernah kubaca dalam satu buku motivasi , satu kata-kata menyebut;

“ Anda merancang kegagalan jika anda gagal merancang .”


Kehidupan ini perlu dirancang. Kerna setiap kejayaan harus bermula langkah pertama yang terancang. Di tangan kita tersimpan pensel warna yang akan mewarnai kertas kehidupan kita yang mendatang. Andai indah, bersih serta jelas warnanya , pastinya akan gemilanglah kehidupan ini. Ada bijak pandai menyebut ;

“ Mimpi hari ini adalah kenyataan hari esok ”.

Apatah lagi kini kuberada di luar Negara. Setiap detik begitu berharga. Peluang- peluang perlu dimanfaat sebaik-baiknya. Inginku kongsi bersama anda semua Seminar Halatuju Pelajar Ke Luar Negara yang diadakan di bawah anjuran HALUAN yang kuikuti sebelum ku berangkat ke Urdun.

Rumusan Seminar Halatuju Pelajar ke Luar Negara


(1) Niat

• Isi pengkhususan yang diperlukan oleh Islam
• Hanya sanya Kerana Allah

(2) Iltizam Tarbawi

• Mejaga Ibadah-ibadah khusus
• Mengikuti usrah
• Memberi sumbangan

(3) Akademik

• Target ; Cemerlang
• Belajar berkumpulan
• Ilmu Tambahan ;
(a) Al-Quran
(b) Bahasa Arab
(c) Bahasa Inggeris
(d) Komputer
(e) Organisasi/ kepimpinan / pengurusan

(4) Pengalaman

• Meluaskan Networking ( jaringan )
• Lawatan @ Ziarah
• Aktif di Kampus

Ini merupakan kesimpulan yang kutulis selama ku mengikuti seminar ini selama 2 hari 1 malam. Semoga kalian dapat sedikit sebanyak manfaat.

Detik Sejarah Hidupku

Tarikh 9.9.2008 merupakan titik bersejarah dalam hidupku. Impianku sebelum ini untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kini tercapai. Pada detik itu, kuberhijrah ke Bumi yang penuh barakah . Bumi yang menjadi saksi kehidupan perjuangan para anbiya` , perjuangan Ar-Rasul, serta perjuangan para sahabat. Alhamdulillah, aku dan beberapa sahabat aku yang lain selamat sampai ke Bumi Jordan. Sebelum ini tidak pernah kubayang untuk ke Jordan sebelum ku sambung pelajaran tingkatan 6 Ma`had At-Tarbiyah Al-Islamiyah (MATRI). Dalam melalui fasa kahidupan di tingkatan 6 ini, telah banyak mengubah persepsiku terhadap kehidupan ini. Apatah lagi berada di bawah didikan ustaz-ustaz serta murobbi-murobbi di MATRI yang berpengalaman , mendidik kami dengan penuh kesabar an dan mencurahkan mutiara –mutiara yang menjadi pelita serta suluhan dalam perjalanan hidupku .

Teringat lagi dulu, ketika aku dan sahabatku,Imran Abd Rahman, membaca surat khabar pada waktu sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri. Banyak gambar-gambar serta ucapan –ucapan Hari Raya daripada mereka yang melanjutkan pelajaran ke luar negara . Lantas kami berazam untuk sambung pelajaran kami ke luar negara. Alhamdulillah kini impian itu sudah tercapai. Namun sahabtku Imran kini melanjutkan pelajaran di CUCUMS , Cyberjaya dalam Medic. Good Luck Imran.

Pemilihan Jordan sebagai tempat ku melanjutkan pelajaran adalah atas cadangan Ustaz Abdul Hadi , guru di sekolah lamaku. Beliau melihat Jordan adalah tempat yang baik bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang deeniah walaupun kosnya agak mahal berbanding Negara-negara yang lain. Namun bagiku, tempat atau biah adalah perkara kedua. Apa yang penting yang cuba ku bina dalam diriku adalah Himmah atau kehendak yang kuat dalam proses menuntut ilmu.

Kiniku melanjutkan pelajaranku dalam Ekonomi Islam dan Perbankan di Universiti Yarmouk , Jordan.Mungkin agak pelik kernaku mengambil bidang ini. Selalunya tanggapan masyarakat apabila melanjutkan pelajaran di Bumi Syams, tentunya beranggapan bidang yang diceburi adalah bidang Usuluddin atau Usul Fiqh. Namun sebenarnya , di Universiti Yarmouk, Ekonomi Islam dan perbankan diletakkan bawah Fakulti Syariah . Ana dan 2 sahabat ana yang lain memilih jurusan ini setelah melihat kepada waqie` semasa ( reality ) yang memerlukan pakar-pakar dalam bidang ini. Semoga Allah pernudahkan prosesku dalam menuntut ilmu serta senantiasa dapat meluruskan hati dan niat hanya sanya kerna Allah.